Thursday, October 29, 2009

TUGASAN 3 : ULASAN KOLOKIUM SENIOR

Hari Isnin, 26hb oktober dan selasa 27hb Oktober saya telah menghadiri satu kolokium kajian tindakan untukk pelajar DPLI Januari UKM. banyak perkara yang saya dapat daripada perbentangan tersebut. Ini adalah salah satu tajuk yang terdapat dalam perbentangan iaitu "PENGGUNAAN TEKNIK PEMBELAJARAN KOOPERATIF (JIGSAW) DALAM KESUSASTERAAN BAHASA INGGERIS, SOURCES OF ENERGY (SUMBER-SUMBER TENAGA) DAN TOKOH ISLAM: IMAM MALIK RAHIMAHULLAH" oleh :

1) LIM SIEW YEE
2) MOHD FAIZAL MAHMOD
3) MOHD AMIN ZAKARIA

Persoalan kajian :
Ada 3 persoalan yang ditekankan dalam perbentangan ini iaitu :
1. Adakah teknik ini dapat meningkatkan minat, motivasi dan penglibatan pelajar dalam proses P&P?
2. Adakah teknik ini dapat meningkatkan kefahaman para pelajar?
3. Adakah teknik ini sesuai digunakan dalam proses P&P?

Metodologi :
Kajian ini menggunakan model Kemmis iaitu ada 4 fasa dimana :

1) Perancangan
2)Tindakan
3)Pemerhatian
4)Refleksi

Setting kajian :
Terdapat 2kitaran di mana kumpulan akan dibahagi dalam berdasarkan kelas iaitu kelas Sains dibahagikan kepada 7kumpulan, Kelas BAhasa Inggeris mempunyai 8 kumpulan, dan Kelas Pendidikan Islam terdapat 6 kumpulan.
Fasa pertama : Penyempurnaan tugas dalam kumpulan pakar
Fasa kedua : Penyempurnaan tugas dalam kumpulan asal.

Sampel kajian :
Kajian dilakukan kepada 109 orang pelajar tingakatan 1, tingkatan 2 dan tingkatan 4 di SMK Jalan Reko.

Pengumpulan data :
1)Pemerhatian guru
2)Kajian soalselidik
3)Peningkatan keputusan penilaian

Implikasi kajian :
1)Dapat meningkatkan keberkesanan penyampaian objektif pengajaran
2)Dapat memotivasikan pelajar
3)Dapat meningkatkan penglibatan pera pelajar dalam proses P&P

Apa yang saya dapat pelajari daripada kajian tersebut ialah kaedah koperatif (jigsaw) ini boleh digunakan untuk mengatasi masalah pelajar yang lemah di samping dapat mendekatkan lagi hubungan sesama pelajar . Selain itu, kaedah koperatif ini boleh dapat mengajar pelajar yang pakar membimbing pelajar yang lemah. Di situ kaedah ini dapat menerapkan cirir-ciri menjadi ketua untuk melaksanakan sesuatu tugasan di mana pelajar akan berusaha untuk menerangkan tugasan kepada rakan yang lain. kaedah koperatif ini perlu diterapkan dalam semua subjek supaya dapat melihat penglibatan pelajar yang aktif semasa proses P&P.

Ulasan kedua : MENINGKATKAN MINAT DAN PRESTASI PELAJAR DALAM SUBJEK BIOL0GI TINGKATAN EMPAT MENGGUNAKAN TEKNIK PEMBELAJARAN KOOPERATIF.
Oleh :

1) NORMAHIDAYU BINTI MOHD NORDIN

2) SITI RAFEQAH BINTI SAMSUNANWAR


Pernyataan Masalah
1) Adakah teknik kooperatif mampu tingkatkan minat pelajar dalam subjek biologi
2) Adakah teknik kooperatif ini sesuai untuk diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran

Methodologi
1) Method-yang digunakan ialah method Kemmis & Mc Taggart 1998 (method ini meliputi perancangan, tindakan, pemerhatian dan juga refleksi).

Setting kajian
Guru memberikan artikel kepada setiap kumpulan, kemudian pelajar membuat perbincangan dalam kumpulan( Think-Group-Share). antaranya pelajar perlu mencari definisi, proses yang terlibat, kesan dan juga penyelesaian masalah. kemudian pelajar membentuk peta minda dan membentangkan dihadapan rakan-rakan yang lain.

Sample Kajian
Melibatkan 30 orang pelajar biologi tingkatan 4 Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 4 Bandar Kinrara Puchong, yang terdiri dari 24 Cina, 4 Melayu dan 2 India.

Pengumpulan & Penganalisian Data
1) Pengumpulan data secara kualitatif ( melalui soal selidik, rakaman video, temu bual dan komen penyelia)
2) pengumpulan data secara kuantitatif (peta minda, ujian bertulis)

Implikasi kajian
1) Teknik Think-Group-Share ini mampu menarik minat pelajar untuk mempelajari subjek Biologi dalam suasana yang lebih seronok.
2) Teknik ini juga dapat meningkatkan prestasi pelajar dalam sesuatu topik.
3) Pelajar juga kelihatan lebih bersemangat dan bersungguh-sungguh semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.

Apa yang saya dapat pelajari daripada kajian tersebut ialah kaedah koperatif ini boleh digunakan untuk menarik minat pelajar dalam proses P&P. Selain itu, saya dapat megetahui langkah-langkah yang sepatutnya dilaksanakan dalam kajian tindakan dan tahu bagaimana untuk mengumpul data terhadap sampel kajian.

Monday, October 26, 2009

TUGASAN KELAS : 10 SEBAB GURU PERLU MEMBUAT KAJIAN DALAM PENDIDIKAN..

1. Mencari kaedah terbaik untuk PnP..
2. Mengkaji jurang dalam sesuatu bidang / subjek..
3. Mengembangkan pengetahuan yang sedia ada..
4. Membina kemahiran melakukan penyelidikan..
5. Peka pada keadaan..
6. Meningkatkan mutu pendidikan seiring JERIS..
7. Mengaplikasikan sesuatu kajian lepas dengan menguji pada situasi @ sampel yang berlainan..
8. Memperbaiki kaedah PnP..
9. Menambahkan pengetahuan yang sedia ada..
dan yang terakhir sekali ialah...
10. Memperkembangkan profesion keguruan serta untuk dijadikan rujukan kepada guru lain...