Sunday, November 15, 2009

TUGASAN 1 : ULASAN BUKU

BUKU BERJUDUL : TEACHERS DOING RESEARCH ;
AN INTRODUCTORY GUIDEBOOK

View more presentations from r0ses.

Saturday, November 14, 2009

TUGASAN 2 : ULASAN JURNAL



TAJUK : A Problem-based Learning Approach to Entrepreneurship Education By Siok San Tan and C. K. Frank Ng

.::.Pernyataan masalah kajian.::.

Kajian ini untuk mengkaji pengajaran dan pembelajaran menggunakan pendekatan pengajaran berdasarkan masalah (PBL) dapat mempertingkatkan pengajaran dan pembelajaran dalam subjek keusahawanan.

.::.Sampel kajian.::.

Pelajar yang mengambil program keusahawanan di Republic Polytechnic, Singapore.

.::.Setting kajian.::.

Kajian ini dilakukan di Republic Polytechnic, Singapore.

.::.Prosedur kajian.::.

Kajian ini dilakukan berdasarkan melakonkan situasi keusahawanan yang melibatkan pelajar dalam bilik darjah. Pendekatan PBL ini dapat melihat pelbagai karekter dalam pengajaran keusahawanan dalam pendekatan "belajar dengan melakukan".

.::.Pengumpulan dan Penganalisisan Data serta Paparan Hasil Kajian.::.

Kajian ini memaparkan hasil dapatan mereka melihat sejauhmana keberkesanan pengajaran dan pembelajaran menggunakan PBL. Daripada responden pelajar, didapati PBL dapt memudahkan pengajaran di mana dapat melakonkan keadaan keusahawanan dengan realiti dunia sebenar.


AKTIVITI 4 : TUGASAN 4 MINI KAJIAN TINDAKAN

Tajuk mini kajian tindakan :
Grafik dan video dalam proses pengajaran dan pembelajaran di kalangan pelajar di dalam kelas.

Permasalahan kajian :
Cara pengajaran Bahasa Melayu, Matematik dan Kemahiran Hidup yang konvensional agak membosankan pelajar. Kebiasaannya guru memperbetulkan kesalahan yang dibuat oleh pelajar di dalam buku kerja dan hanya pelajar pelajar tersebut sahaja yang mengetahui kesalahan yang telah dilakukan. Jadi, dengan menggunakan grafik dan video menjadikan pengajaran lebih menarik dan merangsang deria penglihatan, pendengaran serta minda pelajar. Pembelajaran lebih bersifat perbincangan dan disertakan dengan grafik-grafik menarik supaya pelajar tidak mudah bosan.

Sample kajian :
Pelajar dalam kelas matematik, bahasa melayu dan kemahiran hidup

Setting kajian :
Di dalam bilik darjah

Saturday, November 7, 2009

AKTIVITI 3 : TUGASAN 3 : ULASAN KOLOKIUM

TAJUK 1 :

"PENGGUNAAN TEKNIK PEMBELAJARAN KOOPERATIF (JIGSAW) DALAM KESUSASTERAAN BAHASA INGGERIS, SOURCE OF ENERGY (SUMBER-SUMBER TENAGA) DAN TOKOH ISLAM: IMAM MALIK RAHIMAHULLAH"

OLEH :

1) LIM SIEW YEE

2) MOHD FAIZAL MAHMOD

3) MOHD AMIN ZAKARIA



Apa yang saya dapat pelajari daripada kajian tersebut ialah kaedah koperatif (jigsaw) ini boleh digunakan untuk mengatasi masalah pelajar yang lemah di samping dapat mendekatkan lagi hubungan sesama pelajar . Selain itu, kaedah koperatif ini boleh dapat mengajar pelajar yang pakar membimbing pelajar yang lemah. Di situ kaedah ini dapat menerapkan ciri-ciri menjadi ketua untuk melaksanakan sesuatu tugasan di mana pelajar akan berusaha untuk menerangkan tugasan kepada rakan yang lain. Kaedah koperatif ini perlu diterapkan dalam semua subjek supaya dapat melihat penglibatan pelajar yang aktif semasa proses P&P.

Pada pendapat saya, kajian yang telah dijalankan bagi tajuk di atas menepati ciri-ciri kajian tindakan. Ini kerana, methodology yang digunakan mengikut model kitaran 4 fasa dalam kajian tindakan iaitu fasa pemerhatian, rancangan, tindakan dan refleksi. Pengkaji menggunakan kaedah pemerhatian berdasarkan tugasan yang diberikan berdasarkan 3 subjek iaitu Sains, Bahasa Inggeris, dan Pendidikan Islam. Objektif kajian pengkaji ternyata tercapai kerana berlakunya peningkatan dalam subjek yang di ajari. Namun begitu, tajuk kajian boleh di pendekkan supaya lebih tepat.


TAJUK 2 :

MENINGKATKAN MINAT DAN PRESTASI PELAJAR DALAM SUBJEK BIOL0GI TINGKATAN EMPAT MENGGUNAKAN TEKNIK PEMBELAJARAN KOOPERATIF.

Oleh :

1) NORMAHIDAYU BINTI MOHD NORDIN

2) SITI RAFEQAH BINTI SAMSUNANWAR

Apa yang saya dapat pelajari daripada kajian tersebut ialah kaedah koperatif ini boleh digunakan untuk menarik minat pelajar dalam proses P&P. Selain itu, saya dapat megetahui langkah-langkah yang sepatutnya dilaksanakan dalam kajian tindakan dan tahu bagaimana untuk mengumpul data terhadap sampel kajian.

Mengikut apa yang saya baca daripada laporan kajian ini, kajian ini adalah tepat sebagai kajian tindakan. Ini kerana, kajian ini meliputi ciri-ciri kajian tindakan di mana mempunyai pernyataan masalah, method, sampel, setting, pengumpulan data dan penganalisis data. Method yang digunakan juga adalah model Kemmis & Mc Taggart 1998 yang meliputi perancangan, tindakan, pemerhatian dan juga refleksi. Tajuk terlalu panjang dan perlu diperbaiki, kerana dalam kajian tindakan tidak perlu ada perkataan meningkatkan. Ini kerana, tujuan kajian tindakan sememangnya hendak mencari penambahbaikan sesuatu pemasalahan. Jadi, tajuk tersebut boleh diringkaskan.