Sunday, November 15, 2009
TUGASAN 1 : ULASAN BUKU
Saturday, November 14, 2009
TUGASAN 2 : ULASAN JURNAL
AKTIVITI 4 : TUGASAN 4 MINI KAJIAN TINDAKAN
Saturday, November 7, 2009
AKTIVITI 3 : TUGASAN 3 : ULASAN KOLOKIUM
TAJUK 1 :
"PENGGUNAAN TEKNIK PEMBELAJARAN KOOPERATIF (JIGSAW) DALAM KESUSASTERAAN BAHASA INGGERIS, SOURCE OF ENERGY (SUMBER-SUMBER TENAGA) DAN TOKOH ISLAM: IMAM MALIK RAHIMAHULLAH"
OLEH :
1) LIM SIEW YEE
2) MOHD FAIZAL MAHMOD
3) MOHD AMIN ZAKARIA
Apa yang saya dapat pelajari daripada kajian tersebut ialah kaedah koperatif (jigsaw) ini boleh digunakan untuk mengatasi masalah pelajar yang lemah di samping dapat mendekatkan lagi hubungan sesama pelajar . Selain itu, kaedah koperatif ini boleh dapat mengajar pelajar yang pakar membimbing pelajar yang lemah. Di situ kaedah ini dapat menerapkan ciri-ciri menjadi ketua untuk melaksanakan sesuatu tugasan di mana pelajar akan berusaha untuk menerangkan tugasan kepada rakan yang lain. Kaedah koperatif ini perlu diterapkan dalam semua subjek supaya dapat melihat penglibatan pelajar yang aktif semasa proses P&P.
Pada pendapat saya, kajian yang telah dijalankan bagi tajuk di atas menepati ciri-ciri kajian tindakan. Ini kerana, methodology yang digunakan mengikut model kitaran 4 fasa dalam kajian tindakan iaitu fasa pemerhatian, rancangan, tindakan dan refleksi. Pengkaji menggunakan kaedah pemerhatian berdasarkan tugasan yang diberikan berdasarkan 3 subjek iaitu Sains, Bahasa Inggeris, dan Pendidikan Islam. Objektif kajian pengkaji ternyata tercapai kerana berlakunya peningkatan dalam subjek yang di ajari. Namun begitu, tajuk kajian boleh di pendekkan supaya lebih tepat.
TAJUK 2 :
MENINGKATKAN MINAT DAN PRESTASI PELAJAR DALAM SUBJEK BIOL0GI TINGKATAN EMPAT MENGGUNAKAN TEKNIK PEMBELAJARAN KOOPERATIF.
Oleh :
1) NORMAHIDAYU BINTI MOHD NORDIN
2) SITI RAFEQAH BINTI SAMSUNANWAR
Apa yang saya dapat pelajari daripada kajian tersebut ialah kaedah koperatif ini boleh digunakan untuk menarik minat pelajar dalam proses P&P. Selain itu, saya dapat megetahui langkah-langkah yang sepatutnya dilaksanakan dalam kajian tindakan dan tahu bagaimana untuk mengumpul data terhadap sampel kajian.
Mengikut apa yang saya baca daripada laporan kajian ini, kajian ini adalah tepat sebagai kajian tindakan. Ini kerana, kajian ini meliputi ciri-ciri kajian tindakan di mana mempunyai pernyataan masalah, method, sampel, setting, pengumpulan data dan penganalisis data. Method yang digunakan juga adalah model Kemmis & Mc Taggart 1998 yang meliputi perancangan, tindakan, pemerhatian dan juga refleksi. Tajuk terlalu panjang dan perlu diperbaiki, kerana dalam kajian tindakan tidak perlu ada perkataan meningkatkan. Ini kerana, tujuan kajian tindakan sememangnya hendak mencari penambahbaikan sesuatu pemasalahan. Jadi, tajuk tersebut boleh diringkaskan.
AKTIVITI 2 : TUGASAN 2 : JURNAL
JURNAL 1 : COLLABORATIVE LEARNING & PEER REVIEWS IN SPECIAL EDUCATION oleh Rachael Hanson
Ø Melihat keberkesanan pembelajaran secara bersama-sama dengan bantuan rakan sebaya dalam meningkatkan prestasi akademik & tahap penguasaan pelajar di dalam penulisan.
Ø Adakah pembelajaran secara kolaboratif secara berpasangan dapat meningkatkan penglibatan pelajar?
Ø Adakah pembelajaran secara kolaboratif secara berpasangan dapat meningkatkan pencapaian pelajar?
JURNAL 2 : EVALUATION OF A K-5 MATHEMATIC PROGRAM WHICH INTEGRATED CHILDREN’S LITERATURE: CLASSROOM ENVIRONMENT AND ATTITUDES oleh Deborah V.Mink and Barry J.Fraser
Ø Kajian ini untuk menentukan atau mengkaji tahap keberkesanan PROJEK SMILE (Science and Mathematics Integrated with Literacy Experiences) mempengaruhi perlaksanaan persekitaran bilik darjah dan perilaku atau tingkahlaku pelajar secara positif.
JURNAL 3 : Using Opportunities to Respond in a General Education Classroom: A Case Study
Oleh Todd Haydon, G. Richmond Mancil and Christopher Van Loan
Ø melihat perubahan atau peningkatan bilangan pelajar yang mengambil bahagian dan memberi respon ketika guru memberi peluang kepada meraka untuk bertindak balas.
AKTIVITI 1 : TUGASAN 1 : BUKU
TUGASAN KELAS : NOTA
Secara informal, di dalam kelas atau dimana sahaja kita sering melakukan kajian untuk memutuskan sesuatu tindakan tertentu. Kajian sederhana dan singkat ini dilakukan agar kita dapat mendapat suatu hasil yang baik dan memuaskan.
1. Adakah apa yang saya lakukan ini adalah betul?
2. Sejauh manakah kefahaman saya tentang sesuatu perkara, supaya saya dapat bertanggungjawab atas tindakan yang saya lakukan?
Dari perspektif pendidikan, lazimnya kajian dibuat lebih menjurus ke arah menambahbaikan strategi pengajaran dan pembelajaran dalam kelas serta untuk meningkatkan kefahaman dan penguasaan pelajar tentang sesuatu perkara. Kajian tindakan juga satu proses kajian inkuiri atau kajian yang bersistematik. Kajian tindakan berbeza daripada kajian tradisional kerana wujudnya pusingan atau kitaran, bersifat dinamik dan menggunakan pendekatan secara kolaboratif dalam menjalankan penyiasatan kajian. Kajian tindakan memerlukan kepada tindakan segera selepas kajian dijalankan bagi menyelesaikan permasalahan.
TUGASAN 2 : ULASAN JURNAL
- Kepuasan
- Pertelingkahan
- Persaingan
- Kesukaran
- Kemesraan