Secara informal, di dalam kelas atau dimana sahaja kita sering melakukan kajian untuk memutuskan sesuatu tindakan tertentu. Kajian sederhana dan singkat ini dilakukan agar kita dapat mendapat suatu hasil yang baik dan memuaskan.
1. Adakah apa yang saya lakukan ini adalah betul?
2. Sejauh manakah kefahaman saya tentang sesuatu perkara, supaya saya dapat bertanggungjawab atas tindakan yang saya lakukan?
Dari perspektif pendidikan, lazimnya kajian dibuat lebih menjurus ke arah menambahbaikan strategi pengajaran dan pembelajaran dalam kelas serta untuk meningkatkan kefahaman dan penguasaan pelajar tentang sesuatu perkara. Kajian tindakan juga satu proses kajian inkuiri atau kajian yang bersistematik. Kajian tindakan berbeza daripada kajian tradisional kerana wujudnya pusingan atau kitaran, bersifat dinamik dan menggunakan pendekatan secara kolaboratif dalam menjalankan penyiasatan kajian. Kajian tindakan memerlukan kepada tindakan segera selepas kajian dijalankan bagi menyelesaikan permasalahan.
No comments:
Post a Comment