Saturday, November 7, 2009

AKTIVITI 1 : TUGASAN 1 : BUKU

MAKSUD KAJIAN TINDAKAN

Menurut buku yang berjudul "Teachers Doing Research : An Introductory Guidebook " oleh Murray Thomas, kajian tindakan membawa maksud mengkaji dan menganalisis sesuatu pemasalahan untuk mencari jawapan yang sesuai secara sistematik.

Menurut Gerald J. Pine melalui penulisannya dalam buku yang berjudul "Teacher Action Research : Building Knowledge Democracies ", kajian tindakan membawa maksud proses mengenalpasti masalah dan mengambil tindakan untuk mengatasinya. Ianya mengkaji sesuatu permasalahan secara lebih sistematik dan terperinci dan mengambil langkah untuk mengubah situasintersebut secara berterusan. Guru sebagai agen dan sumber untuk membuat pembaharuan.

Secara keseluruhannya, dari perspektif pendidikan, lazimnya kajian dibuat lebih menjurus ke arah menambahbaikan strategi pengajaran dan pembelajaran dalam kelas serta untuk meningkatkan kefahaman dan penguasaan pelajar tentang sesuatu perkara. Kajian tindakan juga satu proses kajian inkuiri atau kajian yang bersistematik. Kajian tindakan berbeza daripada kajian tradisional kerana wujudnya pusingan atau kitaran, bersifat dinamik dan menggunakan pendekatan secara kolaboratif dalam menjalankan penyiasatan kajian. Kajian tindakan memerlukan kepada tindakan segera selepas kajian dijalankan bagi menyelesaikan permasalahan.

No comments:

Post a Comment