Saturday, November 7, 2009

AKTIVITI 3 : TUGASAN 3 : ULASAN KOLOKIUM

TAJUK 1 :

"PENGGUNAAN TEKNIK PEMBELAJARAN KOOPERATIF (JIGSAW) DALAM KESUSASTERAAN BAHASA INGGERIS, SOURCE OF ENERGY (SUMBER-SUMBER TENAGA) DAN TOKOH ISLAM: IMAM MALIK RAHIMAHULLAH"

OLEH :

1) LIM SIEW YEE

2) MOHD FAIZAL MAHMOD

3) MOHD AMIN ZAKARIA



Apa yang saya dapat pelajari daripada kajian tersebut ialah kaedah koperatif (jigsaw) ini boleh digunakan untuk mengatasi masalah pelajar yang lemah di samping dapat mendekatkan lagi hubungan sesama pelajar . Selain itu, kaedah koperatif ini boleh dapat mengajar pelajar yang pakar membimbing pelajar yang lemah. Di situ kaedah ini dapat menerapkan ciri-ciri menjadi ketua untuk melaksanakan sesuatu tugasan di mana pelajar akan berusaha untuk menerangkan tugasan kepada rakan yang lain. Kaedah koperatif ini perlu diterapkan dalam semua subjek supaya dapat melihat penglibatan pelajar yang aktif semasa proses P&P.

Pada pendapat saya, kajian yang telah dijalankan bagi tajuk di atas menepati ciri-ciri kajian tindakan. Ini kerana, methodology yang digunakan mengikut model kitaran 4 fasa dalam kajian tindakan iaitu fasa pemerhatian, rancangan, tindakan dan refleksi. Pengkaji menggunakan kaedah pemerhatian berdasarkan tugasan yang diberikan berdasarkan 3 subjek iaitu Sains, Bahasa Inggeris, dan Pendidikan Islam. Objektif kajian pengkaji ternyata tercapai kerana berlakunya peningkatan dalam subjek yang di ajari. Namun begitu, tajuk kajian boleh di pendekkan supaya lebih tepat.


TAJUK 2 :

MENINGKATKAN MINAT DAN PRESTASI PELAJAR DALAM SUBJEK BIOL0GI TINGKATAN EMPAT MENGGUNAKAN TEKNIK PEMBELAJARAN KOOPERATIF.

Oleh :

1) NORMAHIDAYU BINTI MOHD NORDIN

2) SITI RAFEQAH BINTI SAMSUNANWAR

Apa yang saya dapat pelajari daripada kajian tersebut ialah kaedah koperatif ini boleh digunakan untuk menarik minat pelajar dalam proses P&P. Selain itu, saya dapat megetahui langkah-langkah yang sepatutnya dilaksanakan dalam kajian tindakan dan tahu bagaimana untuk mengumpul data terhadap sampel kajian.

Mengikut apa yang saya baca daripada laporan kajian ini, kajian ini adalah tepat sebagai kajian tindakan. Ini kerana, kajian ini meliputi ciri-ciri kajian tindakan di mana mempunyai pernyataan masalah, method, sampel, setting, pengumpulan data dan penganalisis data. Method yang digunakan juga adalah model Kemmis & Mc Taggart 1998 yang meliputi perancangan, tindakan, pemerhatian dan juga refleksi. Tajuk terlalu panjang dan perlu diperbaiki, kerana dalam kajian tindakan tidak perlu ada perkataan meningkatkan. Ini kerana, tujuan kajian tindakan sememangnya hendak mencari penambahbaikan sesuatu pemasalahan. Jadi, tajuk tersebut boleh diringkaskan.

No comments:

Post a Comment