Saturday, November 7, 2009

TUGASAN 2 : ULASAN JURNAL


TAJUK : EVALUATION OF K-5 MATHEMATICS PROGRAM WHICH INTEGRATES CHILDREN LITERATURE : CLASSROOM ENVIRONMENT DAN ATTITUDES
(PENILAIAN TERHADAP KESUSASTERAAN BAGI PELAJAR K-5 PROGRAM MATEMATIK : TINGKAHLAKU DAN PERSEKITARAN BILIK DARJAH)



.::.Pernyataan masalah kajian.::.

Kajian ini untuk menentukan atau mengkaji tahap keberkesanan PROJEK SMILE (Science and Mathematics Integrated with Literacy Experiences) mempengaruhi perlaksanaan persekitaran bilik darjah dan perilaku atau tingkahlaku pelajar secara positif.

.::.Sampel kajian.::.

6 orang guru dipilih dari dua buah sekolah yang telah menyertai bengkel SMILE. Setiap guru mempunyai lebih daripada 30 orang pelajar setiap kelas. Jadi, bilangan pelajar melebihi 200orang tetapi hanya 120 pelajar yang layak diambil untuk membuat kajian ini setelah diuji dengan ujian.

.::.Setting kajian.::.

Kajian ini dilakukan di setiap sekolah di mana guru mengajar dan diadakan di dalam kelas pelajar tersebut iaitu Miami Dade Country Publics School Florida, USA.

.::.Prosedur kajian.::.

Kajian ini mempunyai 4 peringkat iaitu :

1. Peringkat Pertama : Pra-Ujian Tingkahlaku
Ujian ini dilakukan melalui soalselidik. Soalselidik adalah berdasarkan NAEP (National Assessment Educational Progress). Kemudian, 10% daripada pelajar dan guru ditemuramah berdasarkan pada jawapan mereka bagi pra-ujian tersebut.

2. Peringkat Kedua : Pembangunan Professional melibatkan SMILE.
Peringkat ini berlangsung selama 5hari wkatu bekerja dalam jangkamasa 10minggu mengajar. Guru akan diminta melaksanakan pengajaran dan bahan pengajaran mereka bersama pelajar di mana pelajar akan membuat sampel hasil kerja mereka.

3. Peringkat ketiga : Pentaksiran Sebenar dan Persekitaran Bilik Darjah.
Peringkat ini berdasarkan The My Classroom Inventory (MCI). MCI menekankan 5 dimensi persekitaran bilik darjah iaitu :
  • Kepuasan
  • Pertelingkahan
  • Persaingan
  • Kesukaran
  • Kemesraan
Kajian ini adalah ringkas kerana hanya memerlukan jawapan YA atau TIDAK sahaja.

4. Peringkat Keempat : Ujian Tingkahlaku
Ujian ini berdasarkan CRISS (Creating Independenc through Student-owned Strategies).

.::.Pengumpulan dan Penganalisisan Data Kajian.::.

Terdapat 2 data yang dikumpul dan dianalisis iaitu :
1) Kualitatif data- melalui pemerhatian dan temuramah kedua-dua responden iaitu guru dan pelajar dan sampel hasil kerja pelajar.
2) Kuantitatif data- melalui 2 sumber iaitu NAEP iaitu mengukur perubahan tingkahlaku pelajar bagi pembacaan, penulisan dan matematik dan melalui MCI iaitu mengukur persepsi pelajar persekitaran pembelajaran bilik darjah.

.::.Paparan Hasil Kajian.::.

Kajian ini memaparkan hasil dapatan mereka dengan mengasingkan mengikut data yang dikumpul iaitu kualitatif data dan kuantitatif data.
Melalui kualitatif data, antara 6 guru tersebut Ms Tanya Robinette dan juga pelajarnya, Barbara yang dapat perubahan positif apabila melaksanakan Projek SMILE dalam pengajaran dan pembelajaran mereka.
Melalui kuantitatif data, pengkaji menggunakan Cronbach Alpha Coefficient. Ini digunakan untuk membuat jadual bagi mengasingkan keempat-empat peringkat.


No comments:

Post a Comment